Setiap hari kita akan jumpa pelbagai kosmetik di pasaran namun adakah kita tahu siapa yang bertanggungjawab di sebalik semua ini. Tahukah kita apakah yang dinamakan produk kosmetik.
Secara amnya produk kosmetik ialah produk yang kita gunakan setiap hari yang diaplikasikan pada luar badan kita sama ada secara sapu, spray atau sebagainya untuk kecantikan diri. Ia meliputi krim, gel pembersih muka, badan atau rambut, ubat gigi, minyak wangi dan sebagainya. Orang yang bertanggunjawab mereka ciptanya ialah Cosmetic Chemist atau pakar kimia kosmetik. Ia mungkin merupakan satu cabang pekerjaan mungkin baru bagi sesetengah orang tetapi sebenarnya sejarah dahulu kala memang kita sudah menggunakan kosmetik setiap hari contohnya bedak sejuk,amalan petua- petua dahulu seperti biji betik di goreng dan di campur minyak kelapa untuk melebat rambut, beras pulut untuk melicinkan kulit muka dan badan dan sebagainya. Bahan-bahan ini sudah digunakan sejak dahulu lagi sebagai bahan untuk cantik.
Pada masa sekarang pelbagai produk kosmetik di cipta untuk kemudahan manusia dan mudah diaplikasikan. Is di isi di dalam bekas yang cantik dan jual secara meluas sebagai produk untuk kecantikan. Dalam abad ini produk kecantikan terlalu banyak di pasaran sebagai pilihan kepada pengguna sehinggakan kadang-kadang kita sendiri pun keliru mana yang patut di beli atau mana yang tidak. Sesetengahnya pula kita tidak tahu bila masa nak digunakan dan bagaimana nak guna.
Untuk blog ni saya ingin berkongsi tentang produk kosmetik dari segi nama, jenis, bahan yang digunakan, kepentingan sesuatu produk dan apa sahaja yang boleh kita dikongsikan. Dengan pengalaman di bidang kosmetik lebih kurang 10 tahun saya akan cuba menghuraikan tentang produk kosmetik.
Minyak zaitun - merupakan bahan yang selalu digunakan di dalam kosmetik seperti minyak rambut, krim muka, lotion dan sebagainya. Sifatnya yang sangat baik untuk kulit seperti kaya dengan pelbagai vitamin dan anti oksidan menjadikan ia pilihan kepada cosmetic chemist.![]() |
| Struktur kulit - Kulit merupakan organ terbesar tubuh badan kita dan ia sangat penting sebagai pelindung organ-organ dalaman kita yang lain.Kita akan kaji dengan lebih banyak lagi fungsi dan kepentingan kulit di bahagian lain. |
Herba - Sejak zaman dahulu lagi nenek moyang kita sudah menggunakan herba untuk mencantikkan kulit. Sekarang pelbagai herba di kaji dan di masukkan ke dalam produk kosmetik untuk tujuan tertentu seperti kulit kayu manis untuk hilangkan parut, cengkih untuk merawat jerawat, daun lidah buaya ( aloe vera untuk melembutkan kulit) dan banyak lagi kegunaan herba yang akan kita bincangkan di dalam blog ini.
Sekian dahulu untuk kali ini saya akan update lagi tentang kosmetik pada masa akan datang


No comments:
Post a Comment